Thursday, February 6, 2014

download 50 Tips Dan Petua Menghilangkan Perut Kembung
gambar hiasan
Tips Dan Petua Menghilangkan Perut Kembung  |Selama sebulan lebih saya mengalami masalah perut berangin ataupun perut kembung.  Sudah beberapa kali saya ke klinik untuk membuat pemeriksaan, namun masalah masih juga tidak selesai.  Bermacam-macam ubat telah saya ambil untuk menghilangkan angin tersebut, namun sehingga kini perut saya masih kembung.
Yang peliknya saya kentut dan sendawa beberapa kali, namun angin tersebut seakan-akan tidak mahu hilang.  Ianya seperti keluar angin lama, masuk angin baru.  Pelik.  Saya terfikir-fikir, dari mana datangnya angin tersebut.  Adakah daripada makanan yang saya ambil?
Saya cuba untuk menjaga diet saya.  Makanan yang boleh mendatangkan angin, saya elakkan.  Saya juga makan mengikut masa yang sesuai.  Namun masalah seperti tidak mahu meninggalkan saya. Perut saya masih tidak selesa.
Saya banyak melayari internet untuk mencari apakah punca-punca yang dapat menyebabkan masalah perut berangin ini dan apakah petua yang dapat saya amalkan untuk mengubatinya.  Daripada pembacaan ini, saya dapati banyak faktor-faktor yang boleh menyebabkan masalah angin berlebihan, diantaranya iala
  1. Tekanan – Individu yang tertekan biasanya menelan lebih banyak angin
  2. Kerap mengunyah gula-gula getah atau mengulum gula-gula yang keras
  3. Merokok
  4. Makan atau minum terlalu cepat dan makanan ditelan sebelum ia lumat. Apabila kita makan terlalu cepat, kita tidak sedar menelan lebih banyak udara dan menyebabkan masalah sedia ada bertambah buruk
  5. Gigi palsu tidak dipasang dengan baik juga menyebabkan seseorang itu menelan lebih banyakudara
  6. Minum minuman berkarbonat. Kandungan karbon dioksida dalam minuman ini menghasilkan lebih banyak gas apabila ia menjadi hangat di dalam perut
  7. Ia juga boleh disebabkan keradangan pada lapisan dalam perut atau gastritis. Banyak perkara boleh menyebabkan gastritis dan antara paling lazim ialah jangkitan bakteria Helicobacter pylori (H pylori). Apabila bakteria ini masuk ke dalam perut, ia menyebabkan masalah kembung yang berpanjangan
  8. Makan makanan yang banyak lemak kerana lemak mengambil masa lebih lama untuk dicerna dan memberi peluang banyak gas terkumpul dalam perut.
Antara makanan yang boleh menggalakkan penghasilan gas dalam usus ialah:
  • Bunga kubis
  • Kekacang
  • Kubis
  • Kubis Brussels
  • Brokoli
  • Bran
  • Kebanyakan makanan berkanji (kentang, jagung, bihun, gandum). Beras adalah makanan berkanji yang tidak menyebabkan penghasilan gas
  • Bawang
  • Makanan bergoreng dan banyak lemak
Untuk mengurangkan/menghilangkan angin tersebut cubalah kita amalkan kaedah berikut:-
  1. Ubahlah apa yang anda makan dan minum
  2. Banyakkan minum air kosong.
  3. Kurangkan udara yang anda sedut.
  4. Makan perlahan-lahan dan kunyah lebih.
  5. Elakkan makan gula-gula keras dan mengunyah gula-gula getah.
Dan berikut adalah petua orang Melayu untuk membuang angin dalam badan:-
  1. Ambil beberapa biji bawang putih dan buang kulitnya. Hiris bawang putih nipis-nipis. Rebuskan bersama 2 gelas air putih sehingga tinggal satu gelas.  Minum ramuan ini sebulan sekali.
  2. Satu lagi petua yang saya jumpa ialah dengan menggunakan halia. Ambil sebuku halia yang sederhana besar, dibersihkan dan ditumbuk (jangan terlalu lumat).  Campurkan ke dalam setengah gelas air panas yang mendidih.  Tutup gelas tersebut dengan piring selama 10 minit.  Kemudian tapis dan ambil airnya.  bahagikan kepada dua bahagian.  Anda boleh minum satu bahagian dan satu bahagian lagi boleh disimpan di dalam peti sejuk.  Bila mana anda merasa perut kembung, minumlah bahagian tersebut.  lakukan sehingga kembung perut anda hilang.
Selamat mencuba bersama-sama saya…

0 comments:

Post a Comment