[PETUA] Rawat Pecah Kulit Di Perut
Selepas bersalin, perut ibu akan berubah dan jadi pecah-pecah kulit. Jadi anda boleh mengamalkan beberapa petua yang mampu kembalikan perut anda seperti asal.
Salah satu cara ialah amalkan menyapu minyak zaitun di perut tiap-tiap malam sebelum masuk tidur.
Anda juga boleh guna cara dengan perahkan air limau nipis ke atas sedikit kapur sirih. Bancuh sehingga sebati lalu disapu ke perut. Kemudian balut dengan barut. Lakukan setiap kali selepas mandi.
Petua lain, anda boleh ramas sedikit asam jawa dengan kapur atau ragi. Campurkan sedikit air dan gaul sehingga sebati. Sapu pada perut ketika hendak tidur malam.
Selain itu ibu-ibu boleh juga rebus secupak asam gelugur bersama secupak garam sehingga hancur. Ambil asam gelugur hancur tadi, pupukan ke perut kemudian barut. Amalkan selama 44 hari
0 comments:
Post a Comment