Roti Gardenia? Brand apa tu? Tipulah kan kalau anda semua tidak pernah dengar nama roti Gardenia kan? Satu jenama buatan Malaysia yang memang terkenal kerana tahap kesedapannya.
Salah satu yang paling amri minat adalah roti gardenia butterscotch. Makan macam begitu sahaja, tidak perlu letak jem , cicah air atau apa-apa.hehe.
Macam tak percaya, tidak sangka yang pemilik syarikat ini orang melayu terkaya di malaysia mahupun di dunia. Siapa lagi kalau bukan Tan Sri Syed Mokhtar Al Bukhary. Seorang yang datang dari keluarga miskin semasa kecil. Kisah hidup beliau memang sangat dikagum. Seawal sekolah rendah, kecil-kecil lagi sudah pandai membantu ibunya menanam sayur , berniaga di pasar dan menjual roti canai. Bila habis waktu sekolah pula, sebelah petang dia membantu ayahnya mengembala haiwan ternakan. Dari situ kita dah nampak kesungguhan beliau kan.
Pada permulaan penternakan, ayahnya telah muflis , gara-gara jangkitan penyakit kaki tangan dan mulut. Habis hancur berkecai pernigaan itu. Tapi bagi Tan Sri Syed Mokhtar Al Bukhary perkara itu baginya adalah suatu cabaran. Orang kata dari kesusahan itulah kita belajar untuk berjaya. Tidak semudah itu sahaja, beliau membuat bisnes pengangkutan. Semakin hari, semakin berjaya. Setelah itu, beliau ceburi pula bisnes berasaskan beras. Terbukti juga berjaya dan semakin berkembang dan terus berkembang , ditambah lagi perniagaan pakaian dan perkapalan. Malah tidak lupa juga bisnes roti gardenia ini. Sedapkan roti Gardenia ni.
Jasa Tan Sri Syed Mokhtar Al Bukhary ini memang banyak, sama ada dalam komuniti masyarakat atau agama. Beliau ini tidak fikirkan dunia semata-mata, akhirat tidak dilupa. Bak kata beliau," Saya tidak mengumpul harta untuk isteri dan anak. wang bukan segala-galanya. Apa yang membantu saya masa hadapan adalah kebaikkan yang dilakukan".
Biodata Tan Sri Syed Mokhtar Al-Bukhary
Umur : 53 tahun
Pendidikan : SPM
Mula berniaga : 19 tahun (jual beli lembu dan kerbau)
Kekayaan : RM1,425 juta
Ranking : Ke 7 terkaya di Malaysia Ke 32 terkaya di Asia Tenggara (Forbes)
Antara syarikat miliknya :
MMC,
Pelabuhan Tg. Pelepas,
BERNAS,
Gardenia,
DRB-HICOM dan
Bank Muammalat
Kereta : Proton Perdana
Sumbangan sosial:
Yayasan Al-Bukhary,
Institusi pengajian untuk 3,000 pelajar,
Muzium Kesenian Islam,
Kompleks Al-Bukhary,
Menaja kelas tuisyen untuk pelajar Melayu,
Pengindahan Masjid Negara,
Sumbangan RM1 juta untuk Tabung Tsunami dan
Menaja setiap tahun penghantaran rakyat Malaysia yang tak mampu untuk tunaikan
haji.
Masjid di Lapangan Terbang Senai,Johor
Home
»
»Unlabelled
» ROTI GARDENIA KISAH YANG ANDA TAHU DAN WAJIB TAHU!!!
Tuesday, February 11, 2014
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
tahniah TS Syed Mokhtar...
ReplyDeleteAlhamdulillah, kalau sakit perut gastrik tak boleh mkn nasi makanlah roti gardenia putih dgn air suam. Masa bulan puasa ini lah sajiannya . Terbaik!!!!!!!.
ReplyDeleteAlhamdulillah.. Moga allah berkati segala usaha murni TS Syed.. Sy memang x beli dah.. Roti jenama lain.. Kalau boleh perluaskan lagi unt membeli kilang yg memprodukkan barangan harian unt kegunaan org Muslim..
ReplyDeleteRoti Gardenia kegemaran saya...
ReplyDeleteGardenia roti pilihan saya hingga akhir hayat
ReplyDeleteGardenia Bakeries ni dimiliki sahamnya sebanyak 30% oleh Tan Srj Syed. Majoriti saham dan control Gardenia Bakeries ini dipegang oleh Syarikat dari Singapura.
ReplyDeletehttps://iluminasi.com/bm/siapa-uncle-slocum-yang-mencipta-resipi-roti-gardenia.html
ReplyDeleteramai yg taktau owner pertama pengasas gardenia berasal dr Sabah iaitu Datuk Wong Tze Fatt sejak tahun 1969
ReplyDeleteSiapa owner QAF ltd? Mcm bunyi syarikat Singapore je
ReplyDeleteBetul ke dia ni pemilik Gardenia?
ReplyDeleteCEO dia kenapa cina pulak
yang bernama Koh Chin Huat?