Cara Mengesan Kecurangan Pasangan Anda | Assalamualaikum dan selamat sejahtera di ucapkan kepada semua pembaca yang dikasihi dan dihormati sekalian, Disini saya ingin kongsikan 14 tanda pasangan anda mulai curang. anda boleh mengesan sekiranya pasangan anda cuba untuk curang dengan anda..
- Berubah sikat secara ketara, jika dulu dia romantik bersama anda , sekarang dia hambar.
- Ada kesan gincu atau bau minyak wangi pada pakaiannya.
- Marah apabila anda bertanya aktivitinya.
- Menerima panggilan telefon secara rahsia ketika anda sedang makan bersamanya.
- Sepi tanpa berita bila berjauhan. Dia tidak menghubungi anda ketika berjauhan.
- Tidak membenarkan anda memegang atau membelek telefon bimbit miliknya.
- Asyik lewat ketika temu janji dengan anda.
- Mematikan telefon bimbit ketika bersama dengan anda.
- Sering memberi alasan penat, sibuk apabila anda mengajaknya berjalan.
- Sering tersasul menyebut nama wanita atau lelaki lain.
- Tiba-tiba mengadu sakit ketika bersama dengan anda.
- Menjadi panas baran dan sentiasa mencari kesalahan anda.
- Dia asyik resah melihat jam tangan ketika bersama dengan anda.
- Kerap menolak perlawaan anda untuk keluar bersama.
Ingatlah wanita yg baik untuk lelaki yg baik, begitulah sebaliknya. Maka, bersabarlah jika perkara ini terjadi pada korang. :)
0 comments:
Post a Comment